Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


11 Jun 2009

KESILAPAN YANG TIDAK KITA SEDARI


Kenali pasangan kita sebenarnya, walaupun mungkin ada di antara kita yang telah bersama lebih 20-30 tahun, inikan pula baru beberapa tahun atau bulan. Sering kita terlupa dan mungkin tanpa kita sedari, kita sebenarnya semakin jauh dari pasangan atau ahli keluarga kita. Komunikasi antara dua pihak semakin berkurang, kalau adapun cuma yang penting2 sahaja. Bertanya khabar jarang sekali. Asalkan nampak 'dia' tegak berdiri.., kita anggap 'sihatlah tu'. Walhal kita tidak tahu mungkin hari itu 'dia' sakit kepala, susah hati, dsb.

Pelikkan.., sewaktu baru berkenalan, kita dan dia boleh bersembang apa saja topik yang kita mahu. Hatta kisah sebatang pensil pun mungkin boleh jadi sebuah novel bersiri. Waktu itu bila berdua, masing2 ada saja bahan serta idea melintasi kepala untuk dibualkan bersama. Namun sekarang kerana si dia sudah dalam genggaman (berumahtangga), kita rasa hambar dan biasa sahaja. Seolah-olah sudah hilang serinya. Sudah tak ada yang membuat kita rindu kala tidak bertemu.

Begitu juga dengan anak2. Waktu tak punya anak, kita beriya2 ingin menimang cahayamata. Bila Allah SWT kurniakan kita zuriat, kecil2 tengah comel seronoklah kita jaga dan belai manja, bila anak mula remaja dah pandai berdikari, kita anggap dia dah tahu jaga diri. Pada anggapan kita "dah aku didik dari kecil tentu dah tau buruk baiknya." Ada juga antara kita tidak terlintas di hati untuk menyelidik apakah sebenarnya keinginan, tanggapan serta impian anak-anak terhadap kita ibubapa. Yang kita tahu segala arahan, kemahuan dan cita2 kita, yang mahu melihat mereka menjadi seperti yang kita impikan. Jika mereka tak mahu menurut kata atau sudah ada impian yang tidak selari dengan impian kita, kita kata mereka degil dan mula menderhaka, tak mengenang jasa dan pengorbanan kita membesarkan mereka. Walhal pernahkah kita tanya dari hati ke hati; apa sebenarnya yang mereka mahu???

Kita sudah lupa rupanya bagaimana gembiranya kita, bila si kecil itu, suatu ketika dulu, dari hanya terlentang, sudah boleh meniarap, sudah tahu merangkak, lama2 berjalan dan kemudian berlari. Tapi apakan itu semua atas arahan kita atau suatu pencapaian hasil galakan kita? Kita sabar menanti. Anak orang lain umur 9 bulan dah berjalan, anak kita umur 12 bulan masih bertatih tapi kita bangga dengannya. Kita sabar, kita galakkan dia. Kita tak peduli anak orang lain. Bagi kita, itulah dia ratu hati. Kita sabar melihat usahanya untuk berjalan.

Bila dia telah remaja, kita pula memaksanya memenuhi keinginan kita. Bila dia tidak mahu kita marah dan kecewa, akhirnya semua menderita atas kesilapan kita sendiri. Sebenarnya ini semua mampu kita atasi bila mana kita sentiasa saling belajar untuk memahami, menerima dan memberi. Belajar menghargai serta mengasihani, sentiasa berusaha menjadi cemerlang terhadap pasangan, diri sendiri dan keluarga. Bukan setakat mengharapkan mereka agar memberi dan mengiktiraf kita semata-mata.

Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kita sentiasa melakukan muhasabah terhadap diri kita sendiri, menghiasnya dengan ilmu, mencahayakan dengan tauhid dan mengimarahkannya dengan amalan, semata2 kerana Allah SWT, demi kecemerlangan hidup DUNIA & AKHIRAT.
.

Tiada ulasan: