Nilai yang paling utama bagi setiap manusia terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah SWT, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.
Lawan ikhlas adalah riak iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah SWT. Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan. Malah, dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan