Berikut ialah 7 jenis wajah mayat di dalam kubur:
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya dia telah melakukan perkara syirik kepada Allah SWT. Syirik ialah dosa yang paling besar dalam Islam. Dosa syirik, yakni mempersekutukan Allah SWT, tidak diampunkan Allah SWT dan kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya seperti babi. Itulah petanda semasa hidupnya dia tidak melakukan solat lima waktu dan tidak menjaga solat lima waktu serta lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga satu perbuatan yang keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi tak pernah menutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan!
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya menderhaka kepada kedua ibu-bapanya. Menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah antara dosa terbesar di dalam Islam.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka memakan dari sumber atau harta yang haram. Harta yang haram banyak jenisnya. Antaranya mencuri, merompak, memakan harta atau hak anak yatim dan fakir miskin, dsb.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang semasa hidupnya suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh secara ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Akhirnya diredhai Allah SWT dan mendapat Husnul Khotimah di akhir hayatnya.
Wallahua'lam. Semoga taubat kita diterima oleh Allah SWT dan akhirnya diredhaiNya.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan