Sebagaimana Allah SWT menyukai wanita solehah, Allah SWT juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanNya supaya kita terhindar dari azabNya.
.
Kemurkaan Allah SWT pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi2 pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim AS pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail AS kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, 'semoga engkau mendapat kutukan Allah', maka dia dikutuk oleh Allah SWT dari atas langit yang ke-7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah SWT kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."
.
Abdul Rahman bin Auf r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang yang menyusahkan suaminya dalam hal perbelanjaan atau membebani sesuatu di luar kemampuan suaminya, maka Allah SWT tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunat."
.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh, 'Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun.' Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak."
.
Nabi SAW adalah seorang yang sangat mengasihi umatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah SWT. Beliau menghadapi segala bentuk penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih sayangnya terhadap umatnya. Maka sepatutnya kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita dan keluarga kita khususnya, dan seluruh umat Islam umumnya.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan