Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


06 Januari 2009

40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB K.W.J

Berikut adalah 40 nasihat Sayyidina Ali Ibn Abi Talib k.w.j sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:
.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
.
5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
.
12. Mengajar adalah belajar.
.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
.
14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
.
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
.
21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.
.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
.
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
.
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
.

Tiada ulasan: