1. Ketika berkumur, berniatlah dengan: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Ini kerana kita biasa bercakap perkara-perkara yang tak berfaedah setiap hari.
.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan: "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Sesungguhnya ahli syurga memiliki wajah yang putih berseri-seri.
.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan: "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Sesungguhnya ahli-ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan mereka.
.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan: "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Sesungguhnya ahli-ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri mereka.
.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan: "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu". Terik matahari di Padang Mahsyar seumpama matahari sejengkal di atas kepala manusia.
.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan: "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". Ini kerana kita sentiasa mendengar orang mengumpat, memfitnah, mendengar muzik yang melalaikan, dll.
.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Titian Siratul Mustaqim". Sesungguhnya ahli syurga melintasi titian dengan pantas dan mudah sekali bergantung kepada amalan masing-masing.
.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Semoga setiap usaha kita diredhai Allah serta menghindari tempat-tempat maksiat.
.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap perkara yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai seorang Muslim? Semoga kita termasuk golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan bertaubat. Amein...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan