Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa AS dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah SWT dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa AS berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?" Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa, aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhlukNya ingin minta taubat kepadaNya."
Lalu Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT dan menyampaikan apa yang diminta oleh Iblis. Kemudian Allah SWT pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya."
Setelah Nabi Musa AS menerima wahyu dari Allah SWT, maka Nabi Musa AS pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah SWT perintahkan. Sebaik sahaja selesai Nabi Musa AS memberitahu segala perintah Allah SWT maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati!" Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan membakarnya tapi dia tetap tidak mahu patuh kepada Allah SWT.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1,000 tahun sekali, dan mengeluarkan Nabi Adam AS dari syurga, serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada Nabi Adam AS. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan