Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


04 Februari 2009

KELEMBUTAN WANITA...


Airmata
Airmata wanita memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau tatkala meminta sesuatu yang sukar didapati.

Senyuman
Dengan senyuman manis, wanita boleh menguasai lelaki. Senyuman seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau ketika suami sedang marah.

Tuturkata
Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami.

Berhias
Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan kepada suami, insyaAllah tenteramlah rumahtangga.

Pandai
Wanita pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri pandai mengambil hati suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar.
.

Tiada ulasan: