Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


07 Februari 2009

7 KALIMAT THAYYIBAH


Salah satu tanda keperibadian seorang Muslim itu adalah berzikir. Kita dianjurkan berzikir setiap saat, bermula dari bangun hingga tidur kembali. Secara harfiah, arti zikir adalah mengingat Allah SWT dengan menyebut nama-namaNya. InsyaAllah, dengan membiasakan lidah untuk mengucap kalimat-kalimat thayyibah, akan semakin mempertinggi makrifat kita kepada Allah SWT. Apabila dekat kepada Allah SWT, hati akan menjadi tenang. Berikut ini adalah tujuh kalimat thayyibah yang sentiasa menjadi penghias bibir umat Islam:

1. Bismillahirrahmanirrahim
Diucapkan setiap kita mengawali segala perbuatan. InsyaAllah, jika lidah kita terbiasa, perbuatan ini sudah menjadi refleks kita, maka akan lebih mudah bagi kita untuk menghindari perbuatan buruk kerana kita sentiasa diingatkan bahawa Allah SWT melihat perbuatan kita. Kalimat ini sekaligus mengingatkan kita, bahawa segala sesuatu adalah milik Allah SWT, termasuk diri kita yang hina ini. Juga setiap perbuatan kita, hendaknya semua berada di garis yang ditetapkan Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan kalimat Basmalah, maka perbuatan itu tak berkah."

2. Alhamdulillah
Inti dari zikir ini adalah ungkapan rasa syukur atas kurnia dan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya pancaran perasaan syukur adalah energi kehidupan yang sangat besar bagi manusia. Mereka yang paling banyak bersyukur bererti telah diberi banyak kelebihan berbanding orang lain. Mengenai hal ini, Allah telah berfirman: "Bahawa Allah akan menambah rahmat nikmatNya kepada mereka yang mampu bersyukur." (QS Ibrahim:7) Dengan mengucap kalimat ini setiap selesai melakukan satu pekerjaan, manusia seakan menguatkan keyakinannya bahawa tak akan pernah terjadi sesuatupun tanpa campur tangan Allah SWT. Jika sesuatu itu baik, dirasakan sebagai pertolongan Allah SWT. Jika sesuatu itu kurang baik, tetap disyukuri dengan berkeyakinan bahawa itupun sudah lebih baik dari pada tidak sama sekali. Dan manakala seseorang telah terbiasa mengucap syukur untuk hal-hal yang kecil, maka ketika Allah SWT menganugerahkan nikmat yang lebih besar, maka kenikmatan yang dirasakan orang tersebut akan berlipat ganda.

3. Astaghfirullah
Allah SWT telah berfirman: "Orang-orang yang berbuat kekejian atau menzalimi dirinya lalu ingat kepada Allah, maka minta ampunlah untuk mereka atas dosa-dosa yang dilakukan." (QS Ali Imran:135) Sungguh Maha Suci Allah Yang Maha Sempurna. Setelah Dia menciptakan manusia sebagai makhluk hidup yang secara sunnatullah bisa berbuat silap, sekaligus Dia menyediakan 'ubat' bagi kesilapan tersebut. Bagi mereka yang pandai meminum ubat ini, maka mereka tak akan terserang penyakit hati yang lebih serius. Allah Maha Pengampun, terutama bagi siapapun yang segera bertaubat dan sedar telah berbuat kesilapan. Umat Islam harus membasahkan bibir mereka dengan istighfar ini, sehingga noda-noda dosa yang sempat menempel sedikit demi sedikit setiap hari tidak segera menompok menjadi noktah hitam yang tebal. Semakin banyak noda-noda ini, akan menjadi semakin sulit untuk menghilangkannya. Maka benarlah bahawa kebanyakan kesalahan besar bermula dari kekeliruan-kekeliruan kecil yang tidak dibenarkan. Sayangnya, seringkali manusia terlambat menyedari kekhilafannya itu. Untuk menghindari kelambatan taubat, maka dianjurkan untuk istiqamah mengucapkan zikir ini setiap hari, terutama setelah shalat, walau dirasakan tak ada kesalahan yang diperbuat. Rasulullah SAW sendiri, yang sudah dijamin ma'sum, (terpelihara dari dosa), dalam sehari mengucap istighfar sekurang-kurangnya 70 kali.

4. Insya Allah
Diucapkan ketika seseorang berniat hendak melakukan sesuatu di masa yang akan datang. Zikir ini akan mengingatkan kita, bahawa kehendak Allah SWT adalah di atas segalanya. Tak seorangpun mengetahui apa yang akan terjadi di masa akan datang. Sebab itulah, tak akan pernah ada janji yang diikat 100 % antara manusia, kecuali dengan menambahkan kalimat, Insya Allah (QS Al Kahfi:23~24). Sayangnya, banyak orang menggunakan kalimat ini secara keliru, sehingga ada anggapan bahawa kalimat mulia ini diucapkan sebagai kelonggaran untuk tidak menepati janji. Perbuatan umum ini banyak terjadi dalam sebahagian masyarakat, sehingga membuat banyak orang memandang negatif kalimat ini. Adalah tanggung jawab kita bersama, kaum muslimin, untuk meluruskan pandangan ini. Dimulai dengan diri kita sendiri. Mari kita buktikan bahwa ucapan Insya Allah bukan bererti niat untuk melanggar, akan tetapi sebagai ikatan janji yang sudah pasti akan ditepati secara logika manusia, disertai tawakkal kepada Allah SWT.

5. Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah
Zikir yang merupakan pengakuan terhadap kefanaan manusia dan kekuasaan Allah SWT ini diucapkan ketika seseorang mengambil keputusan (berazam). Kalimat thayyibah ini adalah pancaran dari sikap tawakal seseorang. Setelah dipertimbangkan dengan sewajarnya dan keputusan diambil, kita hendaklah bertawakkal kepada Allah SWT, yang dinyatakan dalam sikap menerima risiko apapun yang akan terjadi nanti akibat keputusan tersebut. (QS Ali Imran:159).

6. Laa Ilaaha Illallah
Banyak hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan keutamaan kalimat thayyibah ini. Bahkan disebutkan pula sebagai kunci pintu syurga. Dalam praktiknya, masih ramai kaum Muslimin yang melafazkan kalimat ini pada setiap kesempatan. Sayangnya, masih hanya sekadar refleks bibir saja. Padahal, andainya seseorang mengucapkan zikir ini sambil mengupas hikmahnya, sungguh nikmat dan manfaatnya akan diperoleh tiada penghujungnya kerana erti dari kalimat ini sangat luas. Dan manfaatnya pun boleh dirasakan di setiap waktu dan dalam keadaan apapun. Intinya satu - mengingat kebesaran Allah SWT.

7. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun
Sungguh benar bahawa manusia adalah milik Allah SWT dan setiap inci pergerakan tubuhnya berada dalam genggamanNya. Namun kenyataan bahawa segala sesuatu itu pasti kembali kepada pemiliknya iaitu Allah SWT amat sulit untuk diterima oleh manusia. Zikir yang diucapkan di saat menghadapi musibah ini (bukan hanya apabila mendengar berita kematian sebagaimana yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita hari ini) akan membantu kita untuk mengingati akan hal ini. InsyaAllah, dengan membiasakan diri dengan kalimat ini, kita menghadapi setiap peristiwa yang sudah menjadi takdir kita, seburuk manapun, dengan tenang. Semakin dalam seseorang menghayati hikmah zikir ini, semakin ringan dia menghadapi kehidupan yang berat ini.
.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dlm buku karangan tidak dpt dipastikan siapa, subhanallahalhamdulillahallahuakbar, lailahaillaantasubha, lahaulawallahuwataaillah, hasbunallahiwaknilmalwalkil, bismillahillazilayadurumaasmihi, innalillahiwainnailaihirojiun, yahayyunyaqayum