Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


31 Mac 2009

PESANAN RASULULLAH S.A.W BUAT PUTERINYA, FATIMAH...


"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1,000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."
.

9 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN


Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa wajib disegerakan 9 perkara:

1. Apabila masuk waktu, segeralah bersolat!

2. Apabila melakukan dosa, segeralah bertaubat!

3. Apabila berlaku kematian, segeralah kuburkan mayat!

4. Apabila berhutang, segeralah membayarnya!

5. Apabila cukup hisab, segeralah membayar zakat!

6. Apabila berkemampuan, segeralah menunaikan haji!

7. Apabila nampak anak bulan, segeralah berpuasa!

8. Apabila bersetubuh, segeralah mandi junub!

9. Apabila anak cukup umur (akil baligh), segeralah nikahkan!
.

29 Mac 2009

DOA IMAM BESAR MAKKAH


Berikut adalah doa Imam Besar Makkah sehingga menangis. Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut. Kita berdoa agar Allah meneguhkan imannya dan melindunginya, InsyaAllah...

"Ya Allah, yang memiliki segala keAgongan dan kebesaran. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon keagongan dan KekuasaanMu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahidin yang berjuang pada jalanMu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukanlah wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka dan teguhkanlah kata-kata mereka, dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka."

"Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka. Ya Allah, nasib kami di tanganMu, dan urusan kami akan dikembalikan kepadaMu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuanMu, kepadaMu kami serahkan kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepadaMu kami mengadu, kepadaMu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, dan kekejaman “Faajirin”, dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepadaMu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian."

"Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan Atheis telah berterusan jauh. Dan…. Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran…untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang Amerika, pusat kekufuran dan fasaad, kirimkan kekuasaanMu menentang Amerika, pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, mereka menyebarkan fasaad di bumiMu. Dan mereka membunuh hambaMu, dan mereka menghina agamaMu Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, kirimkan kekuasaan menentang mereka, Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum ‘Aad, dan tangisan kaum Thamud, dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah belahkan negara mereka, Ya Allah, jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hambaMu, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hambaMu, Ya Allah, jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan." (berhenti 30 saat)

"Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. Ya Allah, uruskanlah orang-orang yang menyeksa mereka, Ya Allah, hapuskanlah mereka dengan kuasaMu dan kekuasaanMu, Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, dan kelicikan mereka sebagai kelicikan terhadap mereka. Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do’a, Yang terdekat, untuk menerima do’a, kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janjiMu dan penerimaanMu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kataMu adalah benar : “Mintalah kepadaKu. Aku akan menerima permintaanmu”

"Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi. Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, selamatkanlah Al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkan dendam Yahudi, Ya Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, seluruh makhluk merendah diri kepadaMu, patuh,… Ya Allah, Pencipta kami dari satu Ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukanMu, Ya Allah, yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam. Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa."

"Ya Allah, lindungilah ulama’ yang bekerja keras, lindungilah ulama’ yang bekerja keras. Dan teguhkah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalanMu, dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Pengasih. Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, dan mencari tempat perlindungan mereka, dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destinasi mereka, Ya Allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, dan kekuatan mereka kepada penyakit, dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, dan kekuasaan mereka kepada kelemahan….

(Sumber terjemahan: WebLadang)
.

MAKSIAT YANG DISEGERAKAN PEMBALASANNYA


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah SAW kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:-

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri." (HR Ibnu Majah)

Hadis ini menerangkan bahawa:

1. Penyakit taun, AIDS serta lain-lain penyakit yang baru adalah berpunca dari penzinaan yang berleluasa.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada peniaga / rakyat yang menzalimi pembeli dengan mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau yang berpanjangan adalah berpunca daripada keengganan mengeluarkan zakat yang diwajibkan ke atas harta benda.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti terlepasnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah SWT.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Sumber rujukan: '40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman' (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi)
.

27 Mac 2009

PERSAUDARAAN DALAM ISLAM



Hadis Rasulullah SAW: "Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, di antara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." (HR Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan cabaran-cabaran. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah SWT. Anas r.a. ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya persaudaraan Islam terbit dari ketinggian akhlak, sementara tafarruq (perselisihan) merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Usman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang di antara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat yang jelek. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibandingkan dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah SAW dari Ibnu Abbas ra.: "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak solat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan pelekat yang mengikat batu-bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." (QS Al-Hujurat:10) Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." (HR Muttafaqun 'Alaih)

Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah SWT dan kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW. Persaudaraan merupakan buah dari keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta.

Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya...
.

26 Mac 2009

KISAH 4 ISTERI


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isteri-isterinya. Maka, tidak hairanlah lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya, namun pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati: "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan bersendirian. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya: "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Tak lama lagi aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam seketika. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, lalu pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya: "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau mengikuti aku dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab: "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan: "Maafkan aku. Aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara: "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata: "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini, wahai isteriku."

Sahabatku, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini:

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan perbelanjaan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya nampak indah dan gagah, namun semuanya akan hilang. Ia akan pergi apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNya.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan dimiliki orang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai ke kubur mereka akan menemani kita.

ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi mengejar kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke manapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari...
.

14 AZAB MENINGGALKAN SOLAT


Lima azab di dunia:
>Tidak mendapat rahmat dalam kehidupannya.
>Kehilangan nur (cahaya) di wajahnya.
>Tidak mendapat pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
>Doa-doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.
>Tidak mendapat bahagian doa-doa orang yang soleh.

Tiga azab ketika sakaratulmaut:
>Mati dengan keadaan aib.
>Mati dalam keadaan lapar.
>Mati dalam keadaan haus yang amat sangat.

Tiga azab di dalam kubur:
>Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
>Dibakar dengan api di dalam kuburnya.
>Diguling-gulingkan dirinya di atas bara api siang dan malam.
>Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas dirinya. Ular itu bertempik seperti bunyi guruh: ''Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat Subuh hingga Zohor, kerana melengah-lengahkan solat Zohor hingga matahari masuk ke ufuk, kerana melengah-lengahkan solat Asar hingga solat Maghrib, kerana melengah-lengahkan solat Maghrib ke solat Isya', kerana melengah-lengahkan solat Isya' hingga ke Subuh." Ular itu pun terus memukulnya hingga sampai hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya hingga 70 hasta.

Tiga azab selepas dibangkitkan:
>Dihisab dengan berat.
>Mendapat kemurkaan Allah SWT.
>Dicampak ke dalam api neraka. Dalam peristiwa isra', Nabi SAW melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar lalu dihempapkan ke kepalanya. Kepala mereka pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula batu dan dihempapkan semula ke kepala mereka. Demikian berlaku berulang kali. Nabi SAW bertanya kepada Jibril AS: "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?" Jibril AS menjawab: "Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu."

Kita berlindung kepada Allah SWT daripada kemurkaanNya serta daripada mendapat azab di dunia dan di akhirat. Amien! Ya Rabbal 'Alamin!!
.

25 Mac 2009

KISAH PEMBAKAR ROTI


Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa AS. Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah Allah SWT. Wanita tersebut dengan segera bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap Allah SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung.

Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu: "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran." Jawab wanita itu: "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain-main dengan bara api.

Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa AS dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa AS berkata: "Bawa daku kepada anakmu". Setelah Nabi Isa AS melihat kanak kanak tersebut sedang bermain-main dengan bara api maka beliau berasa amat takjub. Lebih-lebih lagi di celah-celah bara api itu, tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak-kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu-batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak kanak itu bermain-main dengan gembira dengan batu batu permata itu.

Lalu Nabi Isa AS menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. Nabi Isa AS berkata: "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga Allah SWT memuliakan kamu dengan kemuliaan ini?" Jawab wanita itu: "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku. Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti. Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata-mata untuk mencapai keredhaan di sisi Allah SWT."

Setelah Nabi Isa AS mendengar kata-kata wanita tersebut, maka beliau berkata: "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki, nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan."
.

PERIBADI DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W


>Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan

>Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

>Sangat elok dan sempurna wajahnya

>Baginda memiliki perasaan yang halus

>Baginda mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena

>Baginda suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

>Baginda bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan

>Baginda makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang

>Baginda tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain

>Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

>Baginda memakai serban di atas kopiahnya

>Baginda suka membalas hadiah

>Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

>Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya

>Baginda sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yangditemuinya

>Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

>Ketika berjabat tangan, baginda tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

>Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

>Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

>Baginda sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

>Baginda tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

>Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

>Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

>Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya

>Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut

>Baginda sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

>Baginda tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan

>Baginda amat kasih terhadap umatnya

>Baginda tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah SWT melebihi keperluan makan minumnya. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

>Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

>Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

>Baginda suka menziarahi orang sakit

>Baginda amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu kemurahannya
.
>Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

>Tangan baginda tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

>Baginda bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
.

24 Mac 2009

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU


Saidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: "Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab." Lalu Rasullullah SAW bersabda: "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah SAW : "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya; Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi; Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS, maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku; Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW, maka mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang." Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah SAW lagi: "Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir." Setelah itu Rasullullah SAW membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan". Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. Sabda Rasullullah SAW: "Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath." Sabda Rasullullah SAW seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu dibebaskan dari api neraka dan dibebaskan dari nifaq."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: "Memang benarlah apa yang kamu katakan itu, wahai Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?". Sabda Rasullullah SAW: "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam AS berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya."

Kata orang Yahudi: "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu." Sabda Rasullullah SAW: "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberi oleh Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga."

Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi." Sabda Rasullullah SAW: "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (yakni untuk digunakan memberi syafaat pada umatnya di hari kiamat)." Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)."

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (QS Al-Baqarah:155)
.

TANDA KIAMAT: MEMANG BENAR POKOK BERKATA-KATA...


KENYATAAN SHEIKH AHMAD YASIN, PEMIMPIN GERAKAN ISLAM HAMAS DI PALESTIN, DI RAMALLAH

Kenyatan akhbar ini pasti akan menimbulkan berbagai persoalan dan perbincangan sama ada untuk menyokong atau menolak perkara ini. Adakah benar pokok-pokok berkata-kata di Ramallah? Dan adakah ini bermakna tanda-tanda kiamat telah mula timbul?

Justeru itu akhbar "Afaq Arabiah" milik Ikhwan Muslimin di Mesir keluaran 15 Mei 2002 telah berjaya mendapat laporan yang lengkap mengenai perkara ini dari sumbernya di Palestin. Pihak akhbar telah menghubungi Syeikh Ahmad Yasin, Pemimpin Gerakan Islam HAMAS di Palestin melalui telefon dan beliau menegaskan: "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda bagi kemenangan Islam, dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian dari pejuang kami yang syahid di dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan".

Syeikh Ahmad Yasin menyatakan semasa dihubungi oleh pihak akhbar melalui telefon: "Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telahpun berlaku dan masa akan datang menyaksikan tanda-tanda lain dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dari berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan datang dan ianya tidak mustahil berlaku. Perkara ini juga mengembalikan kekuatan barisan pejuang-pejuang Islam di Palestin. Ini juga memberikan makna yang besar kepada kami bahawa musuh kami akan hancur dan musnah dengan izin dari Allah SWT dan kami yakin dengan sabda Baginda SAW : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia!. Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".

Syeikh Ahmad Yasin menjelaskan bahawa pokok-pokok berkata-kata adalah tanda awal kemenangan bagi pejuang-pejuang kebenaran yang tidak akan ditimpa kehinaan dan kelemahan seperti yang dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW:"Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW: " Siapakah mereka Wahai Rasulullah? "Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis".

Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yasin, di mana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel. Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan di antara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut. Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut.

Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital. Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang kali memanggil mereka dan akhirnya mereka mendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan. Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok tersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut.

Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi. Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital. Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat dan ini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah SWT yang makin hampir.

Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni'ie, pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan: "Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas di dalam hadis Baginda SAW dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamat akan terjadi esok. Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang ditinggalkan. Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebih lagi ianya disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT."

(Sumber: Internet)
.

23 Mac 2009

DOA YANG MAKBUL


Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tanaman tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Khalifah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah SWT menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat istisqa'. Akhirnya, tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya Khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku," katanya. Khalifah tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?" tanya Khalifah. Pemuda itu menjawab: "InsyaAllah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tanpa diduga, hujan mula turun mencurah-curah. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan: "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah SWT.

Allah SWT menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan. Kehendak Allah SWT mengatasi segala. Allah SWT menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah. Allah SWT mencintai seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya. Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya. Janganlah memandang kepada seseorang dari sifat lahiriahnya, tetapi lihatlah dari segi amalan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
.

KEMBALILAH KEPADA ALLAH...


Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus."

Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan. Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Oleh kerana kemampuan akal inilah maka manusia menjadi makhluk yang paling tinggi dibandingkan dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk-makhluk lain. Walaupun akal satu unsur mulia yang dianugerahkan kepada manusia, namun ia sering disalahgunakan sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kerosakan seperti pergaduhan, rompakan, fitnah, rasuah dan penipuan sama ada di peringkat atas maupun rakyat biasa.

Sejarah telah melihat kejatuhan sesuatu tamaddun atau bangsa itu adalah kerana manusia sendiri menyalahgunakan kebijaksanaan akalnya untuk melakukan segala bentuk kejahatan dan penindasan sesama mereka. Mereka sanggup melakukan kezaliman dan penindasan semata-mata untuk menjaga kepentingan sendiri dan kumpulannya. Gejala kronism dan nepotism adalah contoh manifestasi penyalahgunaan akal dalam mengurus diri dan masyarakat. Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah SWT bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai nafsu seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.

Jadi, satu persoalan timbul bagaimana seharusnya kita menjaga akal kita supaya kemanusiaan kita tidak bertukar dari taraf setinggi-tinggi makhluk kepada taraf serendah-rendahnya? Untuk merungkaikan persoalan ini, kita semestinya kembali kepada persoalan siapa yang menjadikan kita dan akal kita. Ringkasnya, manusia mestilah kembali kepada Allah, beriman serta mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Manusia tidak akan sempurna jika sekadar mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sekular atau mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi IT atau seumpamanya tanpa disertai dengan keimanan yang teguh terhadap Allah SWT. Kepercayaan dan keimanan kepada Allah adalah menjadi kesedaran yang tertinggi dan menjadi paksi segala kesedaran dan anutan. Ia akan membangkit atau mendorong manusia melakukan amalan yang baik seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

Di samping itu, pada masa yang sama manusia mesti menjauhkan diri dari melakukan sebarang perkara mungkar yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. Apabila seseorang mengaku beriman kepada Allah, hendaknya bukanlah setakat ucapan lahir saja. Ia mesti disertakan dengan amalan untuk membuktikan kepercayaan itu adalah benar. Selain mempercayai Allah itu ada (wujud) dan Dia adalah pencipta segala yang ada di alam ini, kita harus sedar bahawa Allah adalah pentadbir alam yang menyusun atau mentadbir segala-galanya. Allah sentiasa dalam keadaan sedar mengawasi diri kita setiap saat sama ada yang zahir maupun yang batin. Dia tidak pernah lalai malahan setiap sifat-sifat kesempurnaan ada pada diriNya. Kita juga harus sedar setiap tindakan kita dalam pemerhatian Allah dan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas apa yang kita buat sama ada yang besar ataupun yang kecil.

Perbicaraan di akhirat adalah maha adil di mana semua anggota badan kita akan menjadi saksi di atas perlakuan kita di dunia ini. Di sana kita dibicarakan sama ada kita menggunakan akal kurniaan Allah itu untuk kebajikan atau sebaliknya. Mereka yang menang akan ke syurga dan yang kalah akan diseret ke neraka. Oleh sebab pentingnya akal, sayugia bagi kita menggunakan akal itu untuk tujuan kebaikan. Sebaliknya jika manusia masih membuat bohong, fitnah, mencuri, memukul, rasuah, zina dan lain-lain kemungkaran, ingatlah bahawa Allah SWT tetap memerhatikannya dan akan memberikan hukuman yang setimpal dengan kejahatannya.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bahawa akal yang kita miliki itu dapat membawa kepada keredhaan Allah SWT. Hanya dengan keimanan kepada Allah sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita daripada ditimpa kemurkaan Allah. InsyaAllah bangsa dan negara kita akan selamat jika pemimpin dan rakyat kembali kepada Allah. Ikutlah landasan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Gunakan otak dan fikiran untuk meraih keredhaan Allah dan bukan kemurkaanNya. Ingatlah pesanan ulama: "Sekiranya timbul perselisihan di muka bumi ini, kembalilah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah."
.
Islam adalah agama yang lengkap dan tinggi. Tiada satu agama lain yang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Mengapa kita berdegil menjauhkan diri daripada kebenaran? Adakah undang-undang lain lebih syumul dari Islam sendiri? Misalnya dalam Islam, tuduhan zina mesti disertai dengan 4 orang saksi yang menyaksikan perlakuan itu. Mengapa kita tidak mengaplikasikannya? Adakah Islam menyuruh kita membawa tilam atau rambut untuk membenarkan tuduhan tersebut? Di manakah akal yang Allah SWT berikan kepada kita? Adakah kita kata masih beriman kepada Allah sedangkan perlakuan kita jauh lari dari kebenaran. Pulanglah ke pangkal jalan jika sudah tersesat di hujung jalan. Allah masih menerima taubat kita selagi nyawa belum sampai ke halkum. Lihat apa berlaku kepada Firaun yang bertaubat apabila nyawanya hampir berpisah dari jasad? Allah tidak menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam neraka yang amat dahsyat seksaannya. Memadailah ini menjadi ingatan kepada kita.

Semoga Allah SWT selamatkan kita di dunia dan akhirat serta terpelihara dari api neraka. Amein...
.

21 Mac 2009

TURUNNYA NABI ISA A.S. ...


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam'an bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang Nabi Isa: "Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya, menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara."

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa AS akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: "Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada di samping Masjid Jamek Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik." Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajjal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin."

Nabi Muhammad SAW adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa AS pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah SWT dan taat dengan ketaatan sejati. Itu semua sebenarnya telah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim AS, selaku bapa sekelian nabi-nabi, sampai kepada Nabi Muhammad SAW selaku nabi terakhir.

Nabi Isa AS adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah SWT. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya, tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah SWT tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam. Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari Dajjal: "Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?" Rasulullah SAW menjawab: "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa AS sambil memegang bahu Imam itu berkata: "Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau." Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi. Selesai solat, Isa AS berkata kepada semua jemaah: "Bukakan pintu itu." Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajjal itu. Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: "Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Dajjal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasulullah), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam." Mendengar yang demikian ada yang bertanya: "Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat, ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini."

Rasulullah SAW bersabda: "Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya. Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah. Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya."

Ibnu Katsir berkata: "Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: "Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya." Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: "Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia." Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajjal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas'ud, dari Rasulullah SAW: "Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa AS. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: "Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa." Mereka menanyakan kepada Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: "Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa." Mereka menanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: "Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajjal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajjal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: "Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia." Kata Nabi Isa lagi: "Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum."

Tambah beliau lagi: "Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut."

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah SAW bersabda: "Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehingga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji." Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selama 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka'ab Al-Quraiziy mengatakan bahawa Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah SAW. Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad SAW, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
.

20 Mac 2009

PETIKAN AKHBAR: IBADAT HANYA SEMPURNA DENGAN SUNNAH


UMAT Islam dinasihatkan berpegang teguh dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w jika mahu mendapatkan kesempurnaan beribadat dan tidak terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang memperkecilkannya. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata sunnah memainkan peranan penting kerana ia memberikan penjelasan terhadap ayat al-Quran.
.
Menurutnya, jika tidak kerana sunnah Nabi Muhammad banyak perkara dalam Islam tidak dapat dilaksanakan." Contohnya seorang Muslim tidak dapat mengetahui waktu dan bilangan rakaat solat jika tidak ditentukan sunnah." Begitu juga dengan cara melaksanakan haji, tiada dalam al-Quran secara terperinci, tetapi diterangkan Rasulullah," katanya pada ceramah sambutan Maulidur Rasul di surau The New Straits Times Press (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Fauzi berkata, bagi pihak yang mendakwa hanya perlu berpegang kepada al-Quran dan meninggalkan sunnah sudah tentu gagal melaksanakan ajaran Islam dengan sempurna kerana tidak mengetahui cara untuk beribadat. Justeru, katanya, sudah semestinya setiap individu Muslim mengikuti Nabi Muhammad supaya kehidupan beribadat lebih sempurna. Menurutnya, untuk mengikuti Nabi Muhammad sekali gus menjadi umat yang berjaya, setiap orang mesti menepati panduan seperti dibangunkan baginda yang membabitkan semua aspek."

Pertama, setiap individu kena ada iman atau akidah, kerana apabila tidak ada iman, amalan akan tertolak walaupun beribadat dan bersolat begitu hebat. Aspek ini kena jelas bagi mengelakkan pelbagai masalah. "Tauhid itu senang dan iman itu mudah. Kata seorang ulama kontemporari, iman dalam Islam mudah iaitu beriman pada Allah. "Macam mana? Tengoklah biodata Allah seperti diterangkan dalam al-Quran. Misalnya melalui surah al-Ikhlas iaitu surah paling terkenal dan paling pendek, menceritakan mengenai diri Allah."

Satu lagi ayat yang popular ialah ayat Kursi. Apabila kita faham ayat yang menceritakan mengenai diri Tuhan itu, kenallah kita terhadap Tuhan," katanya. Beliau berkata, ilmu yang betul juga amat penting terutama membabitkan elemen halal dan haram, syurga dan neraka." Ilmu yang dipelajari dan dimiliki juga mesti bersepadu dan seimbang supaya seseorang manusia itu tidak hanyut," katanya. Beliau melahirkan dukacita terhadap sesetengah remaja yang cemerlang dalam akademik sehingga mendapat pujian dan sebutan ramai, tetapi tidak pada keperibadian, malah hancur nilai akhlaknya.

Dalam usaha meletakkan diri dan masyarakat menjadi cemerlang, katanya, umat Islam juga perlu mementingkan harta dan kekayaan." Aset, modal dan kekayaan juga perlu. Kaya penting dan dengan sebab itu sahabat nabi ramai yang kaya. "Tetapi apabila ada harta, kenalah membelanjakannya pada jalan yang betul kerana setiap antara kita akan ditanya, ke mana harta dibelanjakan," katanya.

Sumber: Harian Metro (21/03/2009)
.

SABAR TERHADAP UJIAN ALLAH S.W.T.


Di dalam kita menempuh liku-liku kehidupan ini, bermacam-macam ujian yang harus kita hadapi. Memang Allah SWT telah menciptakan sepasang-sepasang di alam ini, ada tinggi ada rendah, siang berhadapan dengan malam, sakit berlawanan dengan sihat, begitu juga sedih dengan gembira, dalam hal yang seperti itu maka ramailah orang yang sesat, akibat tidak dapat menguasai diri seperti orang kaya yang tiba-tiba jatuh miskin. Jika kita mempunyai kekuatan iman, tentu tidak akan mudah tersesat akibat dari bahaya yang menimpa kerana orang yang memiliki iman yang mantap meyakini bahawa apapun yang terjadi di dunia ini, adalah menurut kehendak Allah SWT. Dialah yang mengatur alam semesta, sebagaimana firman Allah: "Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendakNya." (QS Al-Buruj:16)

Kalau itu sudah diimani, tentu manusia ini akan rela menerima apa yang diberikan Allah kepadanya. Di samping itu tentu kita berjalan ke arah kebaikan, memperkuat dan menetapkan kesabaran dalam diri sebagaimana yang disuruh oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan." (QS Ali Imran:200)

Demikianlah jelasnya perintah Allah SWT, menyuruh agar manusia bersabar dalam segala hal. Tapi yang lebih penting untuk kita sabari adalah perasaan kurang dalam kehidupan seperti kematian orang yang dicintai, jatuh miskin setelah kaya, atau ketakutan yang menimpa. Semua ini diterangkan oleh Allah SWT dalam firmanNya: "Dan sungguh Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS Al-Baqarah:155)

Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan rintangan hidup itu akan diberikan balasan oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat ganda. Siapakah yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya dijelaskan. "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.)" (QS Al-Baqarah:156)

Jika kita mengucapkan perkataan ini ketika mendapat ujian dari Allah SWT, tandanya kita dari golongan orang yang mendapat untung di sisi Allah. Dengan ertikata yang lain, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat dan keberkatan. Adapun balasan kepada orang yang sabar itu ialah merupakan keberkatan, kesempurnaan, rahmat dan petunjuk dari Allah, namun pada hakikatnya tidak dapat dibayangkan, sudah tentu kasih sayang Allah pada orang yang bersabar itu, sebagaimana firmanNya: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS Az-Zumar:10)

Di sini jelaslah bahawa Allah SWT akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas. Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan terperinci, mengenai kejayaan Rasulullah SAW dalam perjuangan sejarah, untuk menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran yang ada pada baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir mengerjakan dengan melontarkan najis unta kepada baginda, ketika baginda sedang mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang akan ditanak oleh isterinya, namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu sekembalinya dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya menjawab "tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini." Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikian kecuali bagi seorang mukmin yang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya". (HR Muslim)

Dengan demikian jelaslah bahawa keadaan seorang mukmin itu selalu baik kerana kesabarannya. Apakah itu dalam keadaan kurang atau waktu berkecukupan? Bila nikmat Allah datang, dia bersyukur dan tidak pernah lupa diri, tetapi bila tiba kesusahan, dia bersabar dan tidak berputus asa. Kemelaratan tidak akan membawanya pada lupa dengan kewajipan malahan menambah ketaatannya serta berdoa agar kekayaan tidak ditarik oleh Allah SWT.

Sebenarnya semua yang ada pada manusia hanyalah sekadar amanah Allah SWT. Hal ini telah digambarkan oleh Nabi Sulaiman AS dalam kehidupannya. Nabi Sulaiman AS adalah orang yang paling besar yang mendapat kurnia Allah SWT. Dia adalah seorang raja, seorang penguasa, seorang yang kaya-raya, seorang cendekiawan, seorang nabi lagi rasul juga seorang penakluk, boleh menguasai angin untuk dijadikan kenderaannya, boleh bercakap dengan semua makhluk dan dapat menguasai ke atas jin.

Pada suatu waktu, di saat Nabi Sulaiman akan menakluki negeri Saba' yang diperintahkan oleh seorang ratu yang bernama Balqis, pada waktu itu Nabi Sulaiman tahu bahawa Balqis akan datang untuk melihat kerajaannya. Waktu itu Nabi Sulaiman memanggil para pembesarnya, menanyakan: "Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis itu kepadaku, sebelum mereka datang ke tempat ini?" Jin Ifrit menjawab: "Aku sanggup membawanya sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu." Sementara itu jawab pula seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai kitab Taurat dan Zabur, dia mengatakan, "Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkedip."

Belum lagi Nabi Sulaiman sempat menjawab perkataan orang itu, singgahsana itu sudah terhampar di hadapannya. Begitu besar kekuatan yang dikuasai oleh Nabi Sulaiman AS dan begitu besar kurnia Allah SWT kepadanya, tetapi dengan semua keadaan itu dia tidak berasa bangga malah dia berkata: "Ini (semua adalah) termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya)." (QS An-Nahl:40)

Justeru itu, jadikanlah semua itu sebagai teladan kemudian jadikan diri seorang yang sabar dalam menghadapi semua aspek kehidupan, jangan mudah berputus asa di waktu susah dan jangan lupa diri di kala senang dan berkuasa.
.

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah SAW memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Telah bersabda Rasulullah SAW: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?"

Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah SWT. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
.

19 Mac 2009

HAKIKAT IBLIS DAN SYAITAN LAKNATULLAH


Iblis, syaitan, jin dan malaikat telah dijadikan Allah SWT bertubuh halus atau rohani yakni bangsa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, terkecuali apabila mereka menjelma merupakan diri serupa dengan makhluk yang bertubuh besar.

Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah SWT jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu asalnya AZAZIL namanya dia sebangsa malaikat dalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah.

Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya di sisi Allah SWT. Allah ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Nabi Adam AS bersama-sama dengan malaikat namun sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong.

Allah SWT memberikan pernyataan berikut dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan di kala Kami berkata para malaikat; bersujudlah kamu kepada Adam!, maka sujudlah mereka semuanya terkecuali iblis (Azazil) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah ia daripada orang kafir." (QS Al-Baqarah:34)

Dari sejak itulah Allah SWT menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah. Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan syaitan. Adapun erti syaitan ialah melawan perintah Allah. Kalau Adam dinamakan Abulbasyar yakni nenek manusia, maka iblis dinamakan Abusy-syaitan yakni nenek segala syaitan.

Oleh kerana iblis itu mendapat kutuk laknat disebabkan Adam, maka marahlah iblis dan tenteranya syaitan kepada Adam, yakni hasad dengki mereka itu kepada Adam. Untuk melaksanakan sakit hati, dengki serta marahnya, maka iblis dan syaitan berusaha dengan sekeras-kerasnya agar supaya manusia itu pun dapat kutuk laknat Allah SWT seperti mereka dan masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahanam.

Perjuangan antara iblis di satu pihak dan manusia di pihak lain, bukanlah hal yang baru, tetapi perjuangan itu telah memakan masa beribu-ribu tahun lamanya sehingga akhirnya kemenangan berada di pihak iblis, dan kekalahan berasa di pihak Adam dan isterinya Hawa. Maka terusirlah keduanya dari syurga dan terbuang ke dunia ini, sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang maksudnya: "Maka keduanya telah diperdaya oleh syaitan, maka dikeluarkan keduanya dari apa-apa nikmat yang mereka berada di dalamnya (yakni syurga), dan Kami berkata: Pergilah, dan sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, di bumi ada tempat diam dan kesenangan hidup untukmu, sampai waktu yang ditentukan." (QS Al-Baqarah:36)
.

NASIHAT IMAM GHAZALI (MAU'IZAHATUL MUKMININ)


Berikut adalah antara nasihat Imam Ghazali dalam kitab 'Mau'izahatul Mukminin':

1. "Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang di hadapanmu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya."

2. "Jangan sekali-kali mengadukan segala hal-ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah SWT akan murka lalu diserahkan semua urusan itu kepada orang itu."

3. "Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepadanya di masa berdepan denganmu. Harapan semacam itu adalah sia-sia belaka dan tidak betul."

4. "Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang dilakukannya."

5. "Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah SWT. Jangan sampai anda menjual agamamu untuk mendapatkan benda-benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil di mata orang yang memberinya. Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri di matanya."

6. "Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada Allah SWT serta anda berlindung dengan Allah SWT daripada bahaya-bahayanya. Ingatlah, jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih membahayakan diri anda."

7. "Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda di belakang hari. Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh."
.

18 Mac 2009

10 WASIAT ALLAH S.W.T. KEPADA NABI MUSA A.S.


Abul-Laits As-Samarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran AS dalam 'alwaah' 10 bab:

1. "Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin."

2. "Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik."

3. "Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murkaKu ke dalam api neraka."

4. "Jangan sekali-kali sumpah dengan namaKu dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan namaKu."

5. "Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmatKu, menolak kehendakKu, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hambaKu dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripadaKu."

6. "Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka."

7. "Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya."

8. "Jangan menyembelih korban untuk selain dariKu sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut namaKu dan ikhlas untukKu."

9. "Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri."

10. "Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepadaKu dan hiburkan anak keluargamu."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa AS dan Allah SWT memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku."
.