Dalam era kemuncak kegemilangan Islam dimana lebih daripada separuh mukabumi ini terletak dibawah penguasaan umatnya, zuriat Rasulullah SAW, atau apa yang dipanggil sebagai ‘ahlul bait’ baginda mendapat kesempatan membina dinasti-dinasti Quraisy dari jurai Banu Hasyim yang menjangkau dari jazirah Arab sehinggalah ke Alam Melayu. Di Timur Tengah contohnya, ahlul bait membentuk dinasti-dinasti Idrissiyyah di Maghribi (789-926M), Hammudiyyah di Sepanyol dan Afrika Utara (10-10-1057M), Fathimiyyah di Afrika Utara, Mesir dan Syria (909-1171M), Kesultanan Maghribi (1511M sehingga kehari ini), Imam-Imam Yaman, Sus dan Tabaristan, Syarif-Syarif Mekah di Hijaz yang kemudiannya membentuk kesultanan di Jordan (yang termasuk juga bumi Palestin) dan Iraq. Di kawasan India, kesultanan ahlul bait pernah ujud di wilayah Gujerat dan Delhi pada abad ke 15 Masihi. Di Alam Nusantara pula, kesultanan-kesultanan Sulu, Mindanao, Jawa, Sumatera, Acheh, Champa, Patani, Brunei serta kesultanan-kesultanan di tanah air seperti Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor juga merupakan kesultanan Quraisy jurai Bani Hasyim yang telah memerintah Alam Melayu selama beratus-ratus tahun lamanya.
Sejarah kedatangan ahlul bait Rasulullah SAW ke Alam Nusantara boleh dijejaki seawal abad ke 14 Masihi lagi. Peristiwa penjarahan Baghdad yang berlaku sekitar pertengahan abad ke 13M telah memberi kesan kepada sejarah perkembangan dunia Islam di sebelah timur dan membuka ruang kesempatan yang seluas-luasnya bagi ahlul-bait untuk mulai menapak di rantau ini.
Serangan ke atas pusat kekhalifahan Islam dinasti Abassiyyah di Baghdad oleh tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu dalam tahun 1258M telah menjarahnya sehingga bumi Iraq menjadi padang jarak padang tekukur. Khalifah terakhir Baghdad yang bernama Al-Musta’shim (1242-1258M) dibunuh dengan kejam dan umat Islam terpaksa berpindah bertebaran ke negeri-negeri jiran. Kesan dari peristiwa penjarahan Baghdad dan kemaraan tentera Mongol ke bumi Arab lainnya telah menjadi punca penghijrahan salah seorang dari keturunan Muhajirullah Ahmad ibn Isa, iaitu Sayyid Abdul Malik ibn Alawi yang lahir di kota Qasam, Hadramaut, berhijrah ke India bersama jemaah para Sayyid dari kaum Alawiyyin. Di India mereka bermukim di Nasharabad. Di antara anak lelakinya terdapat seorang yang bernama Sayyid Amir Khan Abdullah (Abdullah Khan Syahansyah) yang lahir di Kota Nasharabad. Beliau pula mempunyai 17 putera, di antaranya seorang yang bernama Amir al-Mu’azhzham Syah Maulana Ahmad (Ahmad Syah Jalal).
Sayyid Ahmad Shah Jalal kemudiannya menjadi seorang wazir atau gabenor di zaman Maharaja India dari kesultanan Delhi yang bernama Ghiayathuddin Muhammad Shah II (Sultan Muhammad Tughlug), memerintah pada tahun 1325-1351M. Ia mempunyai ramai putera. Sebahagian besar dari mereka mengembara ke negeri-negeri di timur jauh seperti Cina, Kemboja, Siam dan sebagainya. Sekitar pertengahan abad ke 14 Masihi, salah seorang puteranya, Sayyid Jamaluddin Al-Hussein (Syed Hussein Jamadil Kubra) telah meninggalkan India dan pergi ke Champa (Kemboja) dengan membawa bersama tiga orang saudaranya, iaitu Syarif Qamaruddin, Sayyid Majduddin dan Sayyid Thanauddin. Kemunculan Sayyid Jamaluddin Al-Hussein dan tiga orang saudaranya ke Alam Nusantara telah membuka suatu era baru dalam sejarah kemunculan kaum Sayyid secara beramai-ramai di rantau ini.

.
InsyaAllah bersambung...
[Petikan: 'Dinasti-Dinasti Quraisy (Bani Hasyim) Di Alam Melayu' oleh Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad & (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman (Ahli Persatuan Sejarah Malaysia, cawangan Johor)]
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan