Tahukah mengapa Rukun Islam itu diaturkan dengan: 1. Mengucap 2 kalimah syahadah > 2. Solat 5 waktu sehari semalam > 3. Puasa di bulan Ramadhan > 4. Zakat > 5. Haji & Umrah (bagi yang mampu)? Ini menunjukkan kepentingan dan keutamaan serta kadar beratnya sesuatu amalan berbanding dengan amalan yang lain.
Persoalannya yang ingin ditimbulkan di sini ialah: Kenapa rukun yang pertama itu nampak mudah dan senang sekali syaratnya berbanding rukun yang kedua yang perlu dilakukan 5 kali sehari semalam, perlu berwuduk, mengadap kiblat, dll serta rukun2 Islam yang seterusnya, sedangkan ianya jatuh pada keutamaan yang PERTAMA!!!?
Cukupkah dengan hanya melafazkan dua kalimah syahadah, kita menjadi Muslim? Jawapannya, 'YA' tetapi perlu diingat bahawa Muslim tak bermakna Mukmin. Jika kita masih di status Muslim sahaja, kita belum tentu selamat lagi dan pasti akan terima padahnya di akhirat kelak! Ini kerana sebenarnya ia tidak semudah yang disangka! Banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat dan perlulah kita mencari ilmu sebanyak-banyaknya serta lebih mendalami perkara yang paling asas di dalam Islam ini!
Lafaz 2 kalimah syahadah adalah sama seperti lafaz niat di dalam solat. Dan perlu juga kita melakukan amalannya syahadah seperti kita melakukan amalan solat (Takbiratul ihram, Rukuk, Sujud, Tahiyyat, dsb.) Begitu juga dengan puasa, zakat dan seterusnya; ada niat dan ada amalannya. Kalau setakat hanya lafaz sahaja tanpa mengetahui RUKUN SYAHADAH, SYARAT SAH SYAHADAH, SYARAT BATAL SYAHADAH DAN AMALAN SYAHADAH, mengikut hukum, maka akan BATALLAH KEISLAMAN seseorang itu dan sia-sialah segala amalan yang dilakukan seperti solat, puasa, sedekah, zikir dan amalan2 lain kerana ianya tidak memenuhi syarat yang paling asas iaitu rukun Islam yang pertama. Ianya samalah seperti orang yang berpuasa tapi tidak sembahyang atau orang yang berzakat tapi tidak berpuasa.
CUBALAH KITA RENUNGKAN KEBENARANNYA...!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan