Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


06 Mac 2009

TEMPAT BERTEDUH...


Di waktu panas yang membahang di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia kebingungan dan menggelabah kerana mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Ke mana tempat lari?" Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman Allah SWT: "Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (QS Al-Qiyamah: 10-11). Tetapi dengan kehendak Allah SWT, akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya. Teduhan2 itu merupakan rahmat Allah SWT dan naungannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah:

1. Penguasaan pemimpin yang adil.

2. Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4. Dua orang yang saling cinta-menyintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6. Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

7. Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (HR Bukhari & Muslim).
.

Tiada ulasan: