"Dari Aisyah r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya, dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya." (Isnadnya Hassan, ditakhrij At- Tarmizi)
Wasiat yang sangat bernilai ini merupakan salah satu dasar penting yang membantu dalam kehidupan orang mukmin di dunia. Dasar taqwa, hendaklah engkau menciptakan satu perlindungan antara dirimu dan yang engkau takuti agar dapat menjaga dirimu. Taqwa wanita muslimah kepada Tuhannya, hendaklah menjaga dirinya dari dimurkai Allah dengan cara melaksanakan perintahNya. Firman Allah: "Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa, dan bertaqwalah kepadaKu, hai orang2 yang berakal." (QS Al-Baqarah:197)
Sifat2 Orang Yang Bertaqwa:
1. Beriman kepada Allah SWT.
2. Beriman kepada MalaikatNya.
3. Beriman kepada kitab2 samawi yang diturunkan di sisi Allah SWT.
4. Beriman kepada RasulNya.
5. Beriman kepada hari akhirat.
6. Mendirikan solat.
7. Menunaikan zakat.
8. Memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak2 yatim, fakir2 miskin, ibnu sabil, dll.
9. Sabar tatkala mendapat penderitaan, kesempitan dan tatkala perang.
10. Menepati janji.
11. Benar dalam keimanannya kepada Allah SWT.
12. Mengagungkan syiar2 Allah SWT.
13. Menginfakkan (membelanjakan) harta dalam keadaan lapang dan sempit.
14. Menahan rasa marah dan memaafkan kesalahan orang lain.
15. Beriman kepada hal-hal yang ghaib.
Berkat Ketaqwaan:
1. Mengambil manfaat dari al-Quran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.
2. Kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT pada hari kiamat.
3. Memperolehi syurga dan apa yang terkandung di dalamnya.
4. Mendapat kecintaan Allah SWT.
5. Mendapat perhatian dari Allah SWT.
6. Memperolehi kejayaan.
7. Hilang rasa takut, sedih, dan mendapat khabar gembira di dunia dan akhirat
8. Terbuka pintu keberkatan dan nikmat dari langit dan bumi.
9. Mendapat apa yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.
10. Mendapat perlindungan Allah SWT.
11. Keselamatan dari neraka pada hari kiamat.
12. Berkumpul bersama-sama utusan Allah yang terhormat.
13. Kesudahan yang baik.
14. Pengampunan dosa.
15. Persahabatan yang menguntungkan pada hari kiamat.
16. Berada di suatu tempat yang aman.
17. Kemuliaan di sisi Allah SWT.
18. Mendapat tempat yang disenangi di syurga.
19. Mendapat rahmat, hidayah dan maghfirah dari Allah SWT.
20. Keluar dari kekhuatiran dan kesempatan di dunia dan akhirat.
21. Segala urusan dipermudahkan, segala kesalahan ditutupi dan pahalanya dilipatgandakan.
22. Selamat dari tipu daya orang-orang yang dengki dan iri hati.
23. Amalannya diterima oleh Allah SWT.
24. Diterima secara ramah dan baik oleh malaikat pada hari kiamat nanti.
.
Ar-Rifq ertinya sikap lemah lembut, wajah berseri dan lapang dada. Lemah lembut memiliki satu kelebihan dari akhlak2 lain. Maka Allah SWT memberi pujian yang baik kepada orang yang memiliki sifat lemah lembut di dunia dan pahala yang melimpah ruah di akhirat. Sifat lemah lembut mempercantikkan orangnya dan memperindahkannya di mata manusia di sisi Allah.
Maka jadikanlah sifat lemah lembut sebagai perhiasan dirimu wahai muslimah, yang dapat engkau terapkan terhadap anak2, suami dan tetanggamu. Jadikanlah ia sebagai jalan kehidupanmu agar dapat mencapai apa yang engkau kehendaki. Al-Asma' pernah berkata dalam syairnya: "Tak pernah ku lihat kelemahlembutan, Seperti dalam kehalusannya, Dia keluarkan anak-anak perawan, Dari tempat pingitannya, Siapa minta pertolongan, Dalam menyelesaikan urusan, Diapun bisa mengeluarkan binatang, Dari tempat persembunyiannya."
(Rujukan: '50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita')
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan