1. Berkata-kata tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
2. Mengambil tahu tentang hal keburukan orang lain.
3. Berbual-bual tentang hal-hal yang berkaitan dengan maksiat, contohnya tentang minum arak dan sebagainya.
4. Bantah-membantah dan bertengkar.
5. Bertelingkah, iaitu bila seseorang itu menyatakan tentang ketidakpuasan hatinya, ekoran dari suatu pertengkaran.
6. Memaki, mencela dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor.
7. Melaknat, walaupun binatang atau benda, apatah lagi manusia.
8. Bersenda gurau, yang memperkecilkan orang lain, menipu atau melampaui batas terutamanya mempersendakan Al-Quran, para RasulNya, dsb.
9. Menghina atau mengejek seseorang.
10. Berkhianat dengan membuka rahsia seseorang.
11. Membuat janji kosong atau palsu.
12. Mengumpat, iaitu menyebut apa-apa pun kekurangan yang berkaitan seseorang, dan jika orang itu mendengarnya, akan mengundang kemarahannya.
13. Melaga-lagakan dua pihak seperti batu api.
14. Bermuka-muka antara dua orang, atau menghasut kedua-dua belah pihak supaya bermusuhan.
15. Bertanya yang bukan-bukan hingga memberatkan orang yang menjawab.
Semoga lidah kita terpelihara dari perkara-perkara di atas.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan