Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


02 Mac 2009

INGIN KELIHATAN CANTIK?


Jika ingin kelihatan lebih cantik dan menarik, ikutilah petua2 berikut:

1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2. Pakaikan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari 'salon Iman'.

4. Gunalah 'sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5. Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islami' yang akan menghilangkan kelemumur dari pandangan lelaki yang merbahayakan.

6. Hiasilah kedua tangan anda dengan 'gelang Tawadhuk' dan jari-jari anda dengan 'cincin Ukhuwwah'.

7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah 'kalung Kesucian'.

8. Bedakilah wajah anda dengan 'air Wuduk' nescaya akan bercahaya di akhirat.

Panjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
.
(Sumber: Internet)
.

Tiada ulasan: