Kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambaNya teramat tinggi berbanding kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Maka dengan kasih sayangnya itulah Allah SWT menyuruh kita meminta kepadaNya dengan sentiasa berdoa.
Antara penerimaan doa oleh Allah SWT ada 5 iaitu:
1. Diberikan secara langsung atau dengan segera berkaitan dengan apa yang diminta oleh hamba-hambaNya.
2. Ditangguhkan sehingga ke masa tertentu iaitu diberikan pada masa yang akan datang.
3. Ditukarkan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipohon. Allah SWT sendiri yang mencipta manusia, maka Allah SWT sendiri yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Sebagai contoh ialah anak kembar. Semua pasangan inginkan cahaya mata. Tidak semua pasangan dikurniakan anak kembar. Namun Allah SWT memberikan anak-anak kembar kepada mana-mana pasangan yang disukaiNya.
4. Digantikan apa yang diminta dengan cara menghapuskan bala/bencana yang sepatutnya dihadapi olehnya. Setiap zarah kebaikan akan diberi ganjaran kebaikan dan sebaliknya. Sebagai contoh kita lihat pada kehidupan para sahabat. Apabila mereka terkena sesuatu bencana pasti mereka akan cari apakah kesilapan yang telah mereka lakukan dan berusaha untuk memperbaikinya. Sebagai contoh apabila kita terselamat dari satu2 bencana, maka kita perlulah mengenalpasti apakah rahmat atau amalan yang telah kita lakukan sehingga mendapat keselamatan dan perlindungan dari Allah SWT.
5. Ditangguhkan pada hari akhirat. Setiap orang akan diperlihatkan dengan ganjaran apakah yang didapatinya pada hari akhirat tersebut. Maka datanglah seorang bertanya pada Allah SWT: "Ya Allah, apakah yang menyebabkan aku mendapat amalan yang bertimbun-timbun ini walhal aku tidak pernah melakukan amalam sedemikian rupa." Lalu Allah SWT berfirman: "Tidakkan engkau perasan akan doa yang engkau minta sewaktu di dunia dulu yang mana Aku tak berikannya. Maka sekarang engkau terimalah apa yang sepatutnya engkau terima." Maka jika kita semua mengetahui akannya maka semua antara kita akan meminta agar doanya tak diterima pada hari ini.
Semoga kita tidak merasa resah dengan lambatnya dikabulkan permintaan kita. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya...
Wallahua'lam.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan