Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi SAW atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin bersolat secara berjemaah di masjid. Di antara rumahnya dan masjid, ada tali yang dibuat bagi memudahkannya berulang alik ke masjid. Antara rumah dan masjid terdapat satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk menyalin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan kemudian pulang semula ke rumah untuk menukar bajunya. Kali ketiga, dia hampir terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia? Orang itu menjawab: "Aku adalah syaitan." Orang buta itu terkejut lalu bertanya kenapa syaitan itu menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab: "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu."
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, ke arah kehidupan yang kekal abadi....
.
Wallahu a'lam.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan