Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KLANG: Seorang guru di Taman Kapar Setia, Kapar, di sini, berdepan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila mendakwa sejadah miliknya yang dibeli ketika menunaikan haji di Makkah ‘berdiri’ dengan sendiri selama 32 jam, baru-baru ini.
Yusof Palil, 46, berkata kejadian mengejutkan itu berlaku pada jam 3 petang ketika dia dan anaknya, Kamarul Effendy, 16, menonton televisyen selepas menunaikan solat Zuhur. “Selepas menunaikan solat, saya letak sejadah di atas kerusi dan berbaring untuk menonton televisyen bersama anak. Tiba-tiba anak saya memberitahu, dia melihat sejadah itu bergerak dan ‘berdiri’. “Saya buat tak tahu saja kerana menganggapnya gurauan tetapi apabila saya melihat sendiri, memang benar apa yang diperkatakannya,” katanya.
Menurut Yusof, dalam keadaan tergamam, dia menyuruh anaknya memanggil jirannya supaya dapat membantu mengesahkan apa yang dilihatnya adalah satu kebenaran.
“Jiran saya beritahu memang benar sejadah itu berdiri dan dalam sekelip mata, kejadian itu heboh diperkatakan sehingga rumah saya tidak henti-henti dikunjungi penduduk setempat, rakan dan saudara mara.
“Yang menghairankan, sejadah itu ‘berdiri’ selama 32 jam, iaitu dari Isnin jam 3 petang sehingga Selasa jam 10 malam sebelum dilihat jatuh secara perlahan-lahan. Sepanjang tempoh berkenaan, hampir 200 orang datang ke rumah saya bagi menyaksikan sejadah itu,” katanya yang bertugas sebagai guru Sains di Sekolah Kebangsaan Meru, Meru, Klang.
Yusof berkata, pada mulanya ramai yang ragu tetapi apabila diselidik, tiada objek tertentu digunakan untuk membuatkan sejadah itu berdiri. Malah, keadaan sejadah itu lembut dan tidak dapat dibentuk sehingga mampu berdiri. Katanya, ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya mengambil gambar sejadah ‘berdiri’ itu dan mujur adik iparnya turut mengambil gambar kerana jika tidak, mungkin tiada kenangan untuknya.
“Sejadah buatan Turki itu saya beli di Madinah dengan harga RM20 dan saya menggunakannya sepanjang menunaikan haji. Saya terus menggunakan sejadah itu apabila pulang ke negara ini. Hanya selepas sebulan, baru kejadian itu berlaku. Selepas tempoh 32 jam itu sehingga hari ini, kejadian itu tidak berlaku lagi,” katanya.
Menurut Yusof, tiada kejadian pelik mahupun menakutkan berlaku kepada dirinya sebelum dan selepas kejadian itu. “Semua itu kuasa Allah. Saya tidak ambil pusing terhadap pelbagai andaian yang ditimbulkan terhadap kejadian itu. Sehingga hari ini saya tetap menggunakan sejadah itu,” katanya.
Sementara itu, jiran Yusof, Nor Azizah Misron, 33, yang juga suri rumah, berkata sepanjang sejadah itu berdiri, dia berulang kali menyaksikannya. “Memang saya terkejut, seram pun ada juga kerana sejadah itu berdiri sendiri tanpa ada objek menyokongnya,” katanya.

Nota: Satu lagi kisah tentang sejadah membaca Al-Quran (dgn gambar) di http://cintaagung.blogspot.com/2007_04_01_archive.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan