Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


22 Februari 2008

PERBEZAAN ANTARA MUKMIN, KAFIR DAN MUNAFIK

Ketahuilah…

Sesungguhnya telah dijanjikan Syurga bagi orang2 Mukmin. Orang2 munafiq dan kafir akan dihumban ke neraka. Perbezaan antara orang-orang Mukmin, kafir dan munafik ada dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 1~14 sebagaimana terjemahan berikut:

A’uzubillahiminassyaitonirrojim. BismillahirRahmanirRaheim…

Surah Al-Baqarah 1~5 (Orang-orang Mukmin)
1. Alif Lam Mim
2. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
3. (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab2 yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yang yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
5. Mereka itulah yang tetap mendapatkan petunjuk dari Tuhannya dan merekalah orang2 yang berjaya.

Surah Al-Baqarah 6~7 (Orang-orang Kafir)
6. Sesungguhnya orang2 kafir, sama saja bagi mereka, kamu bagi peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.
7. Allah telah mematerikan atas hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.

Surah Al-Baqarah 8~14 (Orang-orang Munafiq)
8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang2 yang beriman.
9. Mereka hendak menipu Allah dan orang2 yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka azab yang pedih disebabkan mereka berdusta.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang2 yang membuat kebaikan.”
12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang2 lain telah beriman”. Maka mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang2 bodoh itu telah beriman?” Ingatlah sesungguhnya merekalah orang2 yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.
14. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang2 beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman” Dan apabila mereka kembali kepada syaitan2 mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok2”.

Wahai sahabatku, agungkanlah Al-Quran selayaknya. Ketahuilah, sesungguhnya memahami dan mematuhi Al-Quran itu salah satu kewajipan seorang Muslim. Sekiranya tidak memahami bahasa Arab, carilah Terjemahan Al-Quran dalam bahasa ibunda. Janganlah jadikan Al-Quran itu sekadar perhiasan di dinding2 rumah atau terperuk di atas almari. Fahamilah firman Allah:

“Bandingan orang2 yang dipertanggungjawabkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab2 yang tebal. Amat buruknya perbandingan kaum yang mendustakan ayat2 Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk bagi kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah 5)

Disebut oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan pada 5 perkara utama iaitu:

1. Memulaukan al-Quran tanpa membacanya;

2. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil faham petunjuk-petunjuk-Nya;

3. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil hukum hakam-Nya;

4. Memulaukan al-Quran dengan
tidak menjadikan itu sebagai pemutus kepada semua
masalah kehidupan
, dan

5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya penawar kepada permasalahan sakit jasmani dan rohani mereka.

Jika 5 perkara utama ini difahami, kebanyakan orang Islam di zaman ini telahpun memulaukan Al-Quran.

Berkata Ali bin Abi Talib bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Hadis Rasulullah: “Al-Quran itu memberi syafaat, mendustakan dan membenarkan. Siapa yang meletakkannya di hadapan atau memuliakannya, nescaya ia akan memimpinnya ke syurga. Dan siapa yang meletakkannya di belakang (mengabaikannya), nescaya ia akan melontarkannya ke belakang hingga tersungkur jatuh ke dalam neraka."

“Dan Kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (Al-Isra’ 82)

“SAMPAIKANLAH PESANAN INI KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD SEBAGAI SECEBIS PEDOMAN DI AKHIR ZAMAN, SEBELUM TIBANYA AJAL YANG KIAN HAMPIR…”

“HAI KAUMKU, SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH KESENANGAN (SEMENTARA) DAN SESUNGGUHNYA AKHIRAT ITULAH NEGERI YANG KEKAL” (AL-MU’MIN/GHAFIR 39)

Tiada ulasan: