Mutiara Kata:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)


19 Mac 2010

AL-LUBAAB: BAB KELEBIHAN ILMU & ULAMA


1. Telah bersabda Nabi SAW bagi Ibn Mas'ud r.a.: “Hai Ibnu Mas'ud, bermula duduk pada lingkar orang menuntut ilmu padahal tiada engkau menjabat qalam (memegang pena) dan tiada engkau menyurat suatu huruf pun terlebih baik bagi mu daripada memerdekakan 1,000 hamba dan tilikan mu kepada muka orang yang alim itu lebih baik bagi mu daripada memberi 1,000 kuda daripada perang sabilillah dan memberi salam engkau atas orang yang alim itu terlebih baik bagi mu daripada berbuat ibadat 1,000 tahun”.


2. Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula seorang yang alim itu terlebih keras atas syaitan daripada 1,000 orang yang 'abid (ahli ibadat) dan 1,000 orang warak”.


3. Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula kelebihan orang yang alim atas orang yang 'abid seperti kelebihan aku atas umatku”.


4. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa berjalan ia kerana hendak menuntut ilmu nescaya diampun oleh Allah Taala baginya sebelum ia melangkah dengan suatu langkah”.


5. Telah bersabda Nabi SAW: “Permuliakan oleh kamu akan segala ulama, maka bahawasanya mereka itu pada (sisi) Allah Taala amat mulia”.


6. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa menilik ia kepada muka orang yang alim maka suka ia dengan dia nescaya dijadikan Allah Taala dengan demikian tilik itu seorang malaikat meminta ampun baginya datang kepada (sehingga) hari Kiamat”.


7. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa memuliakan orang yang alim maka bahawasanya seperti ia memulia akan daku. Maka barang siapa memulia akan daku, maka bahawasanya ia memuliakan Allah Taala dan barangsiapa memuliakan Allah Taala maka tempatnya itu syurga. Dan barangsiapa benci ia akan orang yang alim, maka bahawasanya benci ia akan daku, maka barangsiapa benci akan daku maka bahawasanya ia benci akan Allah Taala dan barangsiapa benci ia akan Allah Taala maka tempatnya itu neraka”.


8. Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula tidur orang yang alim itu amat lebih pahalanya daripada ibadat orang yang jahil”.


9. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa belajar ia akan suatu bab daripada ilmu padahal diamalkan akan dia atau tiada diamalkan akan dia nescaya adalah pahalanya amat lebih daripada sembahyang sunat 1,000 rakaat”.


10. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa belajar ia akan satu bab daripada ilmu kerana hendak mengajarkan ia akan segala manusia nescaya adalah ia atas pahalanya 70 orang yang benar yakni wali Allah. Dan pada hadis Abi Zar bermula hadir pada majlis ilmu terlebih pahalanya daripada orang yang sembahyang 1,000 rakaat dan daripada mengunjung 1,000 orang sakit dan daripada kunjung 1,000 orang mati syahid pada perang sabilillah. (dan dianiaya orang) dan dikatakan (terlebih baik) daripada mengajarkan Quran maka berkata ia tiada memberi manfaat Quran itu melainkan dengan ilmu”.


11. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa mengunjung akan orang yang alim maka bahawasanya atasnya (seperti) mengunjung ia akan daku dan barangsiapa berjabat tangan dengan orang yang alim maka bahawasanya serasa-rasa ia berjabat tangan akan daku dan barangsiapa sekedudukan dengan orang alim maka bahawasanya serasa-rasa ia sekedudukan dengan daku dan barangsiapa sekedudukan dengan daku di dalam dunia nescaya didudukkannya Allah Taala bersama daku di dalam syurga”.


12. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa mengajarkan akan dikau satu huruf jua pun maka dialah penghulu engkau (maulaaka)”.


Tiada ulasan: