07 Jun 2009

PUISI SUFI: RAHSIA...


Bagaimana hendak ku serahkan zat rahsiaku kepadaMu?

Ini adalah persoalan besar.
.
Engkau ucapkan: "Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku."
.
Rahsia adalah rahsia

Mana boleh diterka

Hanya daku perlu meyakini

Ia adalah urusan Tuhanku

Mengapa aku cuba memikul urusan Tuhan

Serahkan hak Tuhan kepada Tuhan...
.
Wahai Tuhanku

Engkau mengetahui zat rahsiaku

Daku sendiri tidak mengetahuinya

Tanpa pengetahuanku tentangnya

Daku serahkannya kepada Mu

Terimalah, terimalah, terimalah

Daku tidak hairan

Bagaimana Engkau menerima zat rahsiaku

Kerana Engkau yang paling rahsia

Pemilik segala rahsia...
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan